Bahasa Melayu Sarawak

Bahasa Melayu Sarawak
"Klaka Serawak"
Asli kepada Sarawak
Kawasan Malaysia
EtnikMelayu Sarawak, Orang Ulu, Cina, Melayu Brunei, Iban, Bidayuh, Kedayan, Melanau, India, dsb.
Penutur bahasa
500,000 penutur asli
Austronesian
  • ?
    • Bahasa Melayu Sarawak
Tulisan Rumi
Kod bahasa
ISO 639-3
zlm-sar
GlottologTiada

Bahasa Melayu Sarawak atau Dialek/Loghat Sarawak (Klaka Serawak) ialah bahasa pertuturan yang digunakan oleh Orang Melayu Sarawak di Sarawak dalam kehidupan seharian mereka.


Bahasa Melayu Sarawak juga bertindak sebagai "Lingua franca" atau bahasa perantaraan antara satu kaum dengan kaum yang lain di Sarawak dalam kawasan tertentu. Terdapat beberapa perdebatan tentang sama ada ianya ialah ragam bahasa Melayu vernakular atau bahasa yang berasingan sama sekali kerana ianya sangat berbeza daripada bahasa Melayu yang dituturkan oleh Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Indonesia. Ianya lebih mirip dengan bahasa Iban berbanding dengan dialek Melayu Sumatera dan Tanah Melayu dan agak berbeza dengan bahasa Melayu standard sehingga orang di luar Sarawak malah orang Sarawak yang tidak dapat menggunakannya seperti di bahagian Sarawak yang mempunyai sedikit ataupun langsung tiada Orang Melayu Sarawak seperti di Kampung Dayak, Kampung Cina, kawasan bandar majoriti Cina dan bahagian Sarawak majoriti Melayu Brunei seperti Limbang dan Lawas tidak dapat memahaminya tanpa kajian awal dan bimbingan penutur nada ibunya.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne